Pengurusan Pekerja.
Lebih Bijak. Lebih Teratur.
Satu platform bersepadu untuk mengurus kakitangan, kehadiran, cuti, gaji, prestasi, pengambilan pekerja, projek dan operasi HR organisasi anda — daripada satu papan pemuka yang moden.
Satu Sistem Untuk Keseluruhan Operasi Sumber Manusia
AL FATEH HRMS membantu organisasi menyusun maklumat pekerja dan jabatan dalam satu pusat pengurusan. Kurangkan penggunaan fail berasingan dan mudahkan tugas pentadbiran harian dengan rekod yang boleh dicari serta dikemas kini.
Urus kehadiran, permohonan cuti, penyediaan draf gaji, prestasi pekerja, pinjaman, pengambilan, perolehan dan pemantauan projek melalui modul yang saling melengkapi.
Pengurusan HR Lengkap Dalam Satu Platform
Modul teras dan modul sokongan untuk memperkemas operasi HR serta urusan pentadbiran syarikat.
Pengurusan Pekerja
Rekod pekerja, maklumat peribadi, jawatan, status pekerjaan dan profil kakitangan.
Kehadiran Pekerja
Daftar masuk/keluar, senarai kehadiran bulanan serta semakan kehadiran yang belum lengkap.
Pengurusan Cuti
Jenis cuti, cuti umum, permohonan, semakan serta kelulusan oleh pihak pengurusan.
Pengurusan Gaji
Gaji asas, elaun, kerja lebih masa, pendahuluan dan penjanaan draf penggajian bulanan.
Jabatan & Jawatan
Urus jabatan, subjabatan, jawatan dan struktur organisasi secara sistematik.
Pengambilan Pekerja
Rekod calon, sesi temu duga, penilaian dan peringkat proses pengambilan staf.
Pinjaman Pekerja
Rekod permohonan pinjaman, status kelulusan, ansuran dan baki pembayaran.
Pengurusan Perolehan
Permohonan, sebut harga, pembekal, analisis bidaan, pesanan pembelian dan penerimaan barang.
Pengurusan Projek
Rekod projek, ahli pasukan, tugasan, kemajuan dan ringkasan laporan projek.
Prestasi & Laporan
Penilaian prestasi, laporan kehadiran, cuti, pekerja dan penggajian dengan eksport CSV.
Anugerah & Mata Ganjaran
Rekod anugerah tahunan, kategori mata, prestasi serta ganjaran pekerja.
Papan Notis & Polisi
Notis dalaman, peraturan HR dan pengumuman untuk rujukan kakitangan.
Direka Untuk Operasi Organisasi Yang Lebih Profesional
AL FATEH HRMS menggabungkan urusan pekerja dengan modul pengurusan dan pemantauan operasi supaya setiap maklumat lebih mudah diakses oleh pengguna yang dibenarkan.
Akses Yang Sesuai Untuk Setiap Peranan
Setiap pengguna dibenarkan mengakses fungsi berbeza mengikut peranan WordPress yang ditetapkan.
Administrator
Mengurus konfigurasi utama sistem, akaun pengguna, data contoh dan keseluruhan operasi HR.
Kawalan PenuhHR Manager
Mengurus rekod staf, kehadiran, permohonan cuti, penggajian, laporan dan modul pengurusan.
Pengurusan HRHR Employee
Melihat maklumat sendiri yang dibenarkan, membuat daftar masuk/keluar dan memohon cuti.
Portal KendiriEmpat Langkah Mudah
Mulakan penggunaan sistem HRMS dalam persekitaran WordPress sedia ada.
Pasang Plugin HRMS
Pasang dan aktifkan plugin AL FATEH HRMS melalui bahagian Plugins WordPress.
Sediakan Pengguna
Tentukan peranan Administrator, HR Manager atau HR Employee, kemudian padankan akaun dengan profil staf.
Import Data Demo
Gunakan butang import demo di Tetapan untuk melihat rekod dan memahami aliran kerja sistem.
Urus Operasi Sebenar
Semak tetapan, masukkan rekod sebenar dan guna modul berkaitan selepas ujian yang mencukupi.
Soalan Mengenai AL FATEH HRMS
Bagaimana cara log masuk ke sistem HRMS?
Gunakan butang “Log Masuk” atau “Dashboard HR / Admin”. Akaun WordPress anda perlu mempunyai peranan atau kebenaran HRMS yang sesuai.
Adakah pekerja boleh melihat data pekerja lain?
Peranan HR Employee dihadkan kepada rekod kendiri dan fungsi tertentu yang dibenarkan. Tetapkan akaun WordPress pada profil pekerja yang betul sebelum digunakan.
Bagaimana saya mengakses Portal Pekerja?
Cipta halaman WordPress dengan slug “portal-hrms” dan masukkan shortcode
Bolehkan saya cuba sistem menggunakan data contoh?
Ya. Pentadbir boleh membuka Tetapan lalu menggunakan butang “Import Data Demo”. Rekod demo boleh dipadam semula melalui butang “Padam Semua Data Demo”.
Adakah pengiraan gaji sudah mematuhi semua jadual berkanun Malaysia?
Belum sepenuhnya. Modul gaji menyediakan draf pengiraan, manakala kadar KWSP, PERKESO, SIP, PCB dan peraturan berkaitan perlu disemak serta disahkan sebelum digunakan untuk penggajian sebenar.
Bolehkah sistem digunakan dalam Bahasa Melayu dan English?
Ya. Antaramuka HRMS mempunyai pilihan Bahasa Melayu dan English pada sistem yang sama.
Urus Pekerja Dengan Lebih Tersusun, Moden & Profesional
Mulakan pengurusan sumber manusia digital bersama AL FATEH HRMS — satu tempat untuk rekod, kelulusan, laporan dan operasi HR.